• .:: Gimik Segar Terbaik dari Ladang ::.

    Tanggal 3 April yg lalu TV3 telah berjaya mencatat satu lagi rekod sejarah dalam industri hiburan tanah air dgn Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dgn kejayaan dan pelbagai gimik yg baru dan mengujakan. Gelaran itu disandang oleh Shaheizy Sam selepas dinobatkan Artis Paling Popular, dgn selambanya mengucapkan terima kasih pada Dato Siti Nurhaliza kerana undur diri dari pencalonan anugerah gilang-gemilang malam itu. Cakap mulut org ramai ttg kejayaan yg bakal dibawa pulang oleh Sam sgt tepat, seperti yg dinyatakan oleh Sam sendiri "mulut kawan2 masin,Alhamdulillah".
    Sekali lagi TV3 dan krew malam itu berjaya memecah stadium Arena of Stars dgn kemeriahan dan pecah perut lawak spontan yg diberikan oleh trio pengacara malam itu, Sharifah Shahira, Kak Engku, dan Zizan. Menjadi sejarah dalam malam anugerah apabila pelakon Hussain Wilcha dan Johan muncul di akhir slot untuk menyampaikan anugerah Bintang Paling Popular kpd Sam.
    ABPBH kali ini menunaikan janjinya untuk menjadikan malam itu lain dr ABP yg sebelumnya, dgn persembahan yg sgt bertenaga seperti kemunculan Lan and the Typewriter bersama Farhan, Ning Baizura dan Adira, serta tidak akan dilupakan persembahan penutup oleh Dato Siti Nurhaliza dgn penari-penari yg sgt energetik ! Dato Siti memberi kelainan dgn mendendangkan lagu Bukan Cinta Biasa yg digubah muziknya mengikut irama lagu Korea yg popular pada masa kini iaitu Nobody.



    Tahniah kpd pemenang dan seluruh team ABPBH 2010 mlm itu :: You guys really did A VERY GOOD JOB !

    0 comments → .:: Gimik Segar Terbaik dari Ladang ::.