• 20 Terbaek : Bhg 4

    Salam Satu Bloggers

    Hello hello. Pe khabar semua? Ok, terus2 nak cepat habis (hehe) so, Hari tu korang da berkenalan ngan Abu, Lokman, Sultan M, Paan dan jugak Wan. So jom kita perabihkan senarai 20 Terbaek ni. Meh meh. 

    Lucky No. 16


    Nama: Siti Khadijah Hussein
    Nama Manja: Coddy @ I'm Lost @ OCD @ Wg @ The Next-First-Woman-Prime-Minister of Malaysia @ Khadijah
    Anasyg panggil dia: Coddy -tak sure, whether it shud be spell Kodi ataupun Coddy, either way pun tetap sama je bunyinya. 

    Coddy ni, even tho banyak duit (hik hik) dia ni ta pernah menunjuk. Makan pun kongsi ngan kucing sepinggan (ok ni rekaan semata). One of d best speaker in d class. Ayat English dia power wooo... dah lah power, kalau speaking tu takde slang Manglish (Malaysian English langsung). Selaen mempunyai cita2 nak jadi Perdana Menteri Perempuan yg Pertama di Malaysia, dia jugak pasang niat nak kawen ngan mat salleh. Boleh jadi sgt defensif dan offensif at d same time kalo sebut pasal mat saleh depan dia. Hehe, tho she is still our sweet sweet innocent Coddy. 

    p/s: Perempuan ni GILA SAMBAL BELACAN (fulstop)

    Lucky No. 17


    Alolo, dia ni, pose mmg mencabar akal dan minda. 
    Nama: Salahuddin Shamsudin
    Nama Manja: Din @ Salah @ Salahuddin Al Ayubi (ada sorg lect tu panggil dia ni, sape ek? Anasyg pun lupa da) @ Abg Moto RXZ @ Din Cool @ Nur Cool @ dan yg sama waktu dengannya
    Anasyg panggil dia: Oh Dinch ! hik hik, panggil dia Din je. 

    Dia ni pak lawak dlm kelas. Time giliran dia utk present, baru jalan ke depan kelas, satu kelas da boleh gelak dah ngan body-gesture dia ni. Aduh Din Din. Sebagai seorang yg da berpengalaman dlm bidang katering ... yer, abg badan besar ni pandai masak ye kawan2, dia gak suka baca komik One Piece. (ohps terbagitau) Amatlah spesifik pada masakan dan makanan. Boleh analisa harga makanan yg korang amik kat depan mata dia. (which is kinda useful la). Pemakan tegar dan tidak merokok. Wah wah, kudos kat situ. 

    Din ni ada semangat berkumpulan, dan jugak semangat makan berkumpulan. Nampak muka otai kan? Dalam hati ada Nur ... Lalala. 



    Din ngan Abu 

    Lucky No. 18


    Nama: Nur Afieza Abdul Rahim
    Nama Manja: Fiza @ Mak Cik @ Anak Paan @ Fiza ... dan Fiza  Dia ni pun limited gak nama manja dia. (dak kelas, kalao anda ingat, sila letakkan di bhgn komen ya)
    Anasyg panggil dia: Fiza lah... (--')

    Si anak jati Batu Feringghi. Ceria ikut mood, hehe. Komited ngan kerja kalau berkumpulan, kalau sendiri lagi komited. Ni peminat setia K-Pop gak ni sbb sekepala ngan Ziey. Kalau Anasyg ada tiga serangkai, diorang ni pun ada, gamba Fiza solo takde la, so gamba dia ngan Effa je yg jumpa. 

    Oh, dia ni ada sifat keibuan yg sgt la menyerlah. (more to mak cik-mak cik) hehe, maap fiza. Seronok bercerita ngan dia, kos dia ni lawak spontan tapi muka serius. Org laen gelak, dia wat donno je. Aisyh. 

    Lucky No. 19


    Nama: Nur Faseha Annasiha Ariffin 
    Nama Manja: Seha @ Anaseha @ Ka-cha (getah) @ Sey sey @ Seh @ Siti Nurhaliza KUIS (ni apa ni) dan banyak lagi
    Anasyg panggil dia: Nyeha @ Sey sey ... dan apa yg sempat nak panggil dia. 

    Sensitif, penyayang, emotional, dan manja. Hah, dah. Cukup empat tu jelas sangat siapa Seha ni. -hehe- tak jugak. Seha ni ada seriusnya. Tapi dia banyak tunjukkan sisi humor dia. Lawak dia boleh tahan, pernah gak kitorang sarankan dia pg ujibakat Raja Lawak 6 hari tu. Sbb boleh pecah perut dengar lawak sengal ubi dia ni. One of ma best girlfriend, sbb kitorang masing2 memegang rahsia besar kerajaan. kan sey kan. So, her secret is safe with me, n mind mine. Dia ni ada pancar keibuan bila berdekatan ngan anak Hani, si Qaisara tu -boleh nampak...boleh nampak. (geleng2)

    Artis air mata, sbb boleh menangis in a split second. Mmg terer, dan sensitivity beliau membuatkan satu kelas da paham sgt ngan pe'el si Seha ni. Kan korang kan. Dia punya gelak ... ohoi. Bergegar bangunan Kementerian Pendidikan. Ol n ol, nak bagi kudos gak kat dia ni, sbb rajin belanja member. 

    p/s: Suara dia ni lah yg sodap cam Siti Nurhaliza tu. pewwit. 

    Wah, da nak habis da. Meh jenguk d last but not least. 
    Lucky No. 20


    Nama: Siti Nabilah Farhana Ahmad
    Nama Manja: WOAH ! banyak weh. Meh Anasyg senaraikan ea. Bella @ Nabilah @ Bell @ Benya @ Biu Biu @ Gomok @ Mydin @ -hey kaki dia pendek (tiada niat mengutuk) @ Perempuan yg pengsan time presentation Public Speaking sbg attention getter (pfft) @ Penyanyi tertinggal kasut tumit tinggi kat Puri Pujangga @ Chuggule @ Si Tahi Lalat @ Arasso @ Palli Palli @ Ahjumma Bella @ Belliu @ Farhana (ini sgt rare) @ ItwasLike ItwasLike ItwasLike @ n believe me ... a dozen more. 
    Anasyg panggil dia: Bella for most of d time. 

    Nak dengar satu cerita ta? Hehe, tho its one of our biggest secret - tp dalam kelas da leaked da benda alah ni. Meh dengar. 

    Ada satu petang ni, kitorang berdua gi photostat material kat koperasi, then time tu Bella pgg banyak buku, Anasyg pun nak tolong la dia. Tapi dek kerana kepala batu ada duduk, dia tak nak lepaskan, n neither do I. Sebab kalo tak silap la, time tu bdak ni puasa sunat, so kesian kat dia, Anasyg nak tolong la. But you know wad... ada sorang lecturer ni lalu. The scene, mmg exactly I tengah berebut buku tu dengan dia, but not as if kitorang claw-fight plak kat situ, just tangan Anasyg still grabin on the book, dan tangan si Bella ni pun tak nak lepas. Apa lagi...

    Lect: Eh, kamu buat apa ni? 
    Anasyg: Maaf (censored nama dan jantina beliau) 
    Bella: Kitorang ta sengaja
    Lect: Kamu tau kan haram kamu buat macam tu
    Anasyg: Saya nak tolong dia angkat buku ni, tu je. Dia puasa, so kesian kat dia
    Lect: Kalau ye pun nak tolong, tak boleh macam ni, kamu bukan muhrim, haram bersentuhan
    ...dengan muka selamba Bella sambung: Kitorang adik beradik ...

    WAD D ?! 

    Then, lect tu minx I.C kitorang. Nah kau... I.C kitorang SAMA NAMA BAPAK ! U've just been trolled. Bernas jugak otak si Bella ni. Lepas lect tu check I.C kitorang, dia sendiri terkozut. 

    Lect: Eh, kamu adik beradik? Hmmm ... (dia pk jap) takpelah kalau macam tu. (dan dia beredar) Amacam? Best ta citer ni? Hehe, most of ma classmate da tau pasal citer ni, dorang pun jaw-drop gak. Hehe, pasal nama bapak sama boleh terlepas tau. But, only dat once k. Tu pun secara ta sengaja, niat Bella cuma nak bergurau je, ta sangka plak sampai ke situ kesannya. Kepada lect tu, kami minta maaf, mmg ta sengaja dan takde niat tiba2 nak menipu cenggitu. 

    Oh, n btw. Bella ni seorang yg tabah dan gigih, walaupun telah kehilangan abahnya, dia still happy go lucky orangnya dalam kelas. (Aisyh, panjang pulak -post dia ni) Ok ok. 

    A lil facts about Bella:
    -Hardly have to time to manage her beg (tenggiling berevolusi pun ada dlm beg kelas dia tu)
    -Chillin and love having good time
    -Olso a very good public speaker. Slang American dia tu meyakinkan sesapa yg pandang sebelah mata kat saiz wanita ni, dan bila bukak mulut speaking London je, hah kau, cengang sume. 
    -Suka bersukan, eg: Bowling n Volleyball (size does not matter people)
    -Suka menyanyi dan suara dia ni pun boleh kata at par ngan suara si Seha tu. 
    -Selalu banyak idea dalam kelas

    Ok stop. Dah sampai situ je. Baiklah kawan2, korang skang da kenal semua 20 kawan2 terbaek Anasyg kan? Hehe... hope korang enjoy la, walaupun korang ada yg LANGSUNG takde idea dorang ni siapa...well dats kinda make sense why I decided on posting this aint it? Tu jela. 

    Kalau anda2 semua ingat post ni da habis, whops, hehe. Ada lagi satu post special nnt nak buat. Pasal sapa? Pasal bekas2 classmate Anasyg. Ktorang still berpegang pd ONCE A DELSIAN ... ALWAYS A DELSIAN. Tunggu k.

    4 comments → 20 Terbaek : Bhg 4

    1. rajin anas wat entry ni semuaa...hee..=)

      tunggu the next post plaaak..hehe..=))

    2. @thin: thanks thin, sudi baca blog ta seberapa ni ^^, thin bila lagi nak update? lama nyepi anas tunggu gak ni

    3. hope that u guys nyer bond will not be broken..altho sampai mase bsepisah, tp tali silaturrahim dan ingatan berkekalan sampai bile2 (^_^)v

    4. @Aku La Shafiq: insyaAllah :) akan saling ingat-mengingati antara satu sama lain