• Violet Kuning : Siri 5


    Satu dua patah kata: Mcm semua benda yg ada pro dan kon, yin dan yang, hitam dan putih. Aku pilih warna Kuning dan Violet.

    Hari ni genap 30 hari aku jadi bayang2 kau. Aku ikut kau ke mana saja, aku tau kau buat apa, aku tau apa yg kau lisankan, aku suka. Macam tiada lagi dinding tebal yg memisahkan aku dan kau. Aku tak perlukan lagi peeping tom tu. Aku dah boleh tengok kau dgn telus. Aku bahagia tau tak. Walaupun kau tak pedulikan aku, tak hiraukan aku, tak sedar yg aku wujud dalam bayang2 kau. 

    Pada waktu malam, aku samar2 nampak kau, hanya kalau kau berdiri di bawah mana2 sumber cahaya, aku akan muncul. Tapi bila kau tidur, aku sedikit kecewa, sbb aku terpaksa hilang. Aku tak tau kau mimpikan siapa. Aku tak tau kau ada mimpi buruk atau mimpi indah. Kau ada mimpikan aku tak?

    Funny. Aku yg 24/7 berada di samping kau ni pun kau tak nampak. Ada hati aku nak berangan yg aku akan masuk dalam mimpi kau. Kelakar kan? Bagi aku, aku dapat peluang utk berangan tu dah cukup baik. Sebab, berangan tu salah satu cabang harapan, dan harapan tu salah satu dahan impian. 

    Impian aku? Nak jadikan kau milik aku, and I’ll do whatever it takes to make u believed that you deserves of me. Harapan aku, agar kau letakkan aku di satu tempat yg sesuai dgn perasaan aku sekarang ni pada kau. Harapan aku, agar kau tak tutup pintu besar kau, halau aku keluar, dan kunci pagar utama. Kalau kau bertindak sedemikian, aku terpaksa menyewa dinding lama aku, ada peeping tom, dan kembali mengintai kau dari jauh. Aku mungkin masih mampu utk lakukannya, tapi itu fizikal aku yg jawab. 

    Mental aku mungkin akan mati sebaik kau muntahkan potongan ayat yg kau akan buang aku. Bagi aku, itu sama berat dgn hukuman mati mandatori. Aku rela jadi org belakang dinding, aku rela bakar tangan mencuba utk capai kau, rela lepaskan kau bebas dan tengok kau dari jauh, rela jadi bayang2, muncul hanya bawah cahaya, hilang di kala gelap gelita. Tapi aku tak sanggup nak terus hilang macam tu sahaja.

    1 comments → Violet Kuning : Siri 5

    1. Tu diaaaa dik ngah masuk untuk siri 5. mood ni. Dik ngahh dapat mood ni lepas tahu kjk datang Malaysia and ta dapat jumpa. heheheeh *ok takde kena mengena. Teruskan penulisan bang ngahhh. anda berbakat! Nanti try tulis novel pula. Insyaallah dik ngah doakan. amin! (: